Sedikit KOMEN !!


Anda telah memasuki simpang MUZIUM MARTABAT BAHASA MELAYU :3 Sila baca sebaiknya !  


Salam sayang blog-ku . hari ni aku nak bercakap tentang bahasa melayu . yeah ! bahasa kebangsaan kita , kebanggaan , dan bahasa rasmi Negara Malaysia J sesungguhnya kita patut berbangga berada di bumi bertuah ini . jika kita amati , dalam zaman serba tekno – retro – mikro ini , bahasa melayu telah punah , dimamah perlahan – lahan oleh generasi baru yang juga seangkatan dengan saya . ya , saya juga salah seorang daripada generasi yang berada di dalam kejutan budaya tersebut . hampir digoda dengan perkataan serba singkat – menyingkat ( maaf , bahasa melayu saya juga di ada – adakan mengikut keselesaan ) . tetapi , bila saya betul-betul melihat ayat yang terkadang di istilahkan ‘ rempit ‘ . baiklah , hati saya pun jadi berapi – api . apakah akan terjadi dengan kedaulatan bahasa melayu yang dahulunya sangat indah , berirama dan penuh makna  ? masihkah lagi wujud ayat ‘ baiklah ‘ sedangkan sekarang di tukar dengan ‘ okey ‘ ? atau ayat ‘ aku di dalam perjalanan  ’ sedangkan ‘ aku otw ( on the way ) ’.

TETAPI !!!!!!

Mengapa masih lagi mencarut menggunakan ayat dahulu kala . tiada pula singkat – menyingkat yang diperlukan walaupun panjang berjela – jela . adakah mungkin ayat mencarut lebih sesuai untuk disebut ? atau makna yang makan dalam ? hurmmm , semua itu masih tersemat dalam fikiran . tatkala ekonomi membangun , kita masih lagi berada di ceruk paling dalam , mempelajari sesuatu yang di dolak – dalik kan oleh pemikiran pasif . sedanngkan kebenaran terbukti dengan mata kasar , masih lagi ingin berdolak – dalik ? bermain tarik tali ? . . . tiada kias – kias . Cuma berkata apa yang tersemat di kalbu ini . .

PATUTKAH ????

Bahasa Melayu . Kaum Melayu . Adat Melayu . Hilang dek ditelan zaman . Semua ini berkait rapat . . adik beradik yang tak dapat dipisahkan , kalau hilang satu , hilanglah sedikit demi sedikit . ayat singkat ditambah perasa gula-gula yang tawar . . kadang – kadang berangin , kadang – kadang tiada rasa yang boleh di ungkap kan dengan kata . . saya berharap Bahasa Melayu akan terus menjadi bahasa ‘ rasmi ’ rakyat jelata . bukan lah hanya berkias – kias , berpantun – pantun di dalam kata – kata aluan , ucapan dan sebaris dengannya . memang betul Bahasa Melayu tulen seolah – olah angin meniup sepoi – sepoi , hanya pendengar yang telus dengan ilmu Bahasa Melayu akan memahami isi dan falsafah yang di pertutur kan . . . . sekian dari saya Zah SJ ( pelajar berfikiran luas , namun cetek akal – masih lagi menuntut ilmu di SEMINDA -.- )

: Nota Ringkas Zah SJ :
Pembaca yang tersayang , ini hanya lah pendapat Zah SJ . segala silap salah bahasa yang dituturkan , topik yang dilencongkan , atau bahasa yang tiada markah didalam SPM . . maafkan kami – P.Ramlee J . Zah SJ juga teringin cikgu bahasa melayunya , Puan Radziah Oyab menanda karangan ini . . hehehe . .
MARTABATKAN BAHASA MELAYU . BAHASA KEBANGSAAN KITA .

3 comments:

  1. Nice 'Essay' LOL,Kalo Aku Cikgu Dah Lama Bagi 22 Markah :D

    ReplyDelete
  2. Bagus kau.. X sia2 cikgu radziah aja kau bm en.. ahah

    ReplyDelete